Thursday, April 8, 2010

AKU INGIN MENCINTAIMU..... (~,~)

Satu ketika dahulu... hidup ini selalu tersasar dari landasanMU satu ketika dahulu... hidup ini penuh kehinaan tak ubah seperti layang-layang yang terputus talinya.. terbang melayang mengikut arah angin tanpa mengetahui destinasi tujuan melayang-layang hingga tersangkut di pokok berduri.. hancur..robek .. dan akhirnya jatuh lusuh ke bumi... tidak mampu lagi melayang tinggi berwarna-warni.. tidak lagi mampu menggembirakan hati orang lain apatah lagi diri sendiri.. diatas kelekaan hambaMu ini.. kau tetap berikan hidayah kepada hambaMu yang hina ini kau tunjukkan aku pelbagai hikmah.. yang mana selama ini aku tidak dapat melihat semua itu.. kini aku kembali meyusuri perjalanan di atas muka bumi ini mensyukuri setiap nikmat yang kau kurniakan aku redha andai semua ini telah tersurat untuk diriku.. Ya Allah...pelbagai ujian yang datang pada hari ini.. Alhamdulillah dapat kutempuhi dgn redhaMu Ya Allah,janganlah kau pesongkan hatiku sesudah kau berikan petunjuk/hidayah mu ke atas diriku.. dan tempatkanlah diri ini dikalangan orang yang beriman..amin ya Rabb THANK YOU ALLAH Cintaku hanya padaMU...

No comments: