Monday, August 20, 2012

Hoyeah!

Ramadhan1433H

bonda: alQuran digital tu gunanya macamne? tunjukkan kat bonda

markonah:oowh senang je ni..t markonah setup dulu yer (dlm hati hoyeah! mahal beli dah xjadi perhiasan lagi)

_____________________________________________________________

bonda: nak tanya Wak R lah kelas mengaji kat dewan tu boleh masuk lagi tak
*(markonah tersenyum Hoyeah didalam hati)

esoknya,bonda pantas bertanya berbicara & bertanya mengenai kelas mengaji wanita kampung sound river itu.
*(markonah tersenyum Hoyeah kuasa dua didalam hati)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

markonah penah menegur dan berapi biji mata melihat ayahandanya menyarung seluar atas lutut di luar rumah. Markonah juga pernah makan hati sebab banyak lagi seluar cukup kain yang ada dalam wardrobe ayahandanya

satu hari........
ayahanda:seluar ni tak sesuailah.buat kain buruk alas kaki mahupun pengelap periuk lagi bagus
sejak hari itu ayahanda markonah telah memakai seluar 3/4 mahupun panjang kemana sahaja hatta di dalam rumah kediaman mereka
*(markonah tersenyum menitik air mata di  dalam hati lagi...alhamdulillah, keep it up ayahanda)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dalam perbualan telefon

bonda: bonda teringin nak pakai baju jubah yang macam kamu pakai tu. Lepas tu carikan satu tudung warna biru tua buat bonda. Carikan yang labuh2 sikit yang macam kamu selalu pakai tu.

markonah: baiklah (* eh....betul ke ni..hoyeah!! sujud syukur jap)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedang bekerja. Tiba2......ym dibuzzz

kekanda: assalamualaikum.
markonah: waalaikumsalam
kekanda: nak beli jugaklah jubah yang macam adinda pakai tu. Carikan boleh?
markonah: boleh. t adinda carikan (hoyeah!! kekanda mahu berjubah)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Markonah pulang ke kampung bagi meanjalani ibadah di bulan Ramadhan bersma keluarga. Ramadhan berbaki 3 hari cuma. Seusai terawikh, markonah melihat jam dinding, sudah pukul11.20 malam, ayahanda tidak muncul lagi....

Markonah: bonda, kenapa ayahanada tidak pulang lagi?
bonda: ayahanda ikut tadarus kat masjid

Markonah: Hoyeah!! nanges laju2 didalam hati ;D

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sungguh..hati-hati itu Allah yang pegang.

Alhamdulillah =)))



No comments: