Believe it or Not? Believe it !!!
tengok tajuk macam tertunggu2 je kan nak post entry pasal apa lar plak kali ni.
Zaman hidup dulu2 dah tak sama macam sekarang...eh ye ke?
Sejak disapa makcik hidayah dan dibuai angin sepoi2 bahasa tarbiyah ni,
disulam pula dengan gelombang mehnah...ohoiiiiii!
memang kadang2 rasa pahitnya...sakitnya...sakit sangat tapi last2 duduk muhasarawak jap..berbekalkan otak & minda yang Allah kurniakan ni..tarik nafas,senyum...kata kat hati
Allah sayang kamu..sebab tu Allah pilih kamu untuk diuji.
Percaya tak?percaya tak?
Dulu... time belajar, jadual kuliah memang penuh setiap semester. Balik bilik penat pastu kena siapkan assigment yang membukit..then makan...tido.Memang ROBOT. Hari-hari rutin yang kita lalui sama je..
Pastu, asek tertunggu-tunggu hari minggu. Plan hari minggu memang terbaik! kalo tak balik kampung mesti penuhkan masa dengan aktiviti2 yang konon2 menggembirakan hati n seronok-seronok macam p tengok wayang (ehem:maraton okeh),boling, melalak dalam karaoke box,kuar dengan pasangan tak halal..
Lepas penat melakukan aktiviti tu,mulalah perut memainkan muzik gamelannya mahupun irama keroncong.. suap pula ke tekak macam2 jenis makanan segera mati..ehhh..yelar berlemak kolestrol bagai kot! mahal pula..dalam hati..ahhh takpelar bukan selalu pon. ronggeng2 dengan berlainan jantina..
Malam-malam aku penuhi dengan aktiviti bermain bola keranjang, badminton mahupun futsal sampai 2-3 pagi, huu..bukan dengan perempuan je time tu..tapi itulah kepuasan bagi aku time tu! uish seram. Astagfirullah al azim.
Gembira ke?gembira ke camtu? yup gembira pastu balik hostel..mulalah terasa duit abes, kepenatan, culas nak solat..pastu dosa melambak..kan?kan? tu yang aku xpernah terfikir pula time tu..yg penting seronok.
Tapi aku tak perasan semua tu semata2 nak mengejar cita-cita menggenggam segulung ijazah tu..erkkk sehelai kertas je pun..naik pentas 3minit pakai jubah tunduk hormat..amek..turun.. Ye!memang bagus pun dapat ijazah tu membantu meningkatkan kualiti hidup ummah katanya . Then, adakah aku lupa pada matlamat hidup aku didunia? astagfirullah hal azim...hujan lebat dalam hati!
Alhamdulillah ..tsumalhamdulillah
Sekarang..banyak sangat perubahan yang aku rasai.
bila balik kerja memang terasa penatnya..kadang2 rasa stress teramat dengan segala dateline,meeting,progress yang melelahkan jiwa...tapi..yang paling pelik aku rasa bila segala kepenatan tu macam hilang sekelip mata jer bila aku pergi usrah (baca:bulatan chenta)
#sharing2 dengan akhwat...isu semasa,negara2 islam luar
#sesi beriman sejenak
#tadabbur (mendalami dan memahami) ayat2 alquran (surat chenta Allah).
Allah memang aku jatuh cinta sangat dengan jalan yang baru aku tempuhi ni.
kedamaian memang meresap dalam jiwa.
lagi bertambah pelik,yang aku rasai adalah sifat saling percaya-mempercayai antara kami.
kalau dulu,nk tinggal HP ker apa2 gadjet yang berharga jangan haraplah nak percaya sangat dengan kawan2.. tapi sesama akhwat ni..memang hilang rasa was-was (err..ke aku sorang je terasa?), serius setakat ni Alhamdulillah memang tak ada dengar cerita..hilang itu ini..memang terasa selamat je sepanjang daurah2. mungkin juga sifat husnudzon(bersangka-baik) sesama kami yang dipupuk, semakin meresap ke dalam jiwa.
pelik seterusnya adalah hubungan silaturrahim kami. Ini sumpah aku pelik. Melebihi adik-beradik! tak jumpa kejap, tak bercipiki-cipika...rasa bertahun-tahun lamanya tak jumpa. Dan perasaan rindu tu juga hadir mungkin juga atas kekuatan doa rabitah yang dititipkan akhwat2 saban hari.. sebabnya keterikatan hati kami ni atas dasar persaudaraan sesama islam..inilah kemanisan ukhwah fillah abadan abada yang dapat aku rasakan bukanlah ikatan kerana darah daging.Ikatan ni sangat teramat special sebab kami2 dah berjanji nak jumpe semula..ala2 buat reunion kat syurga nanti..amin ya rabb
hujung minggu??? sekarang ni lagi teramat best sebab bukan setakat bulatan chenta..hujung minggu dipenuhi dengan konferens2 riang..rehlah(ala2 berekreasi) tapi yang best teramatnya semuanya mengingatkan aku tentang Allah..p jungle tracking ke..panjat sana,panjat sini..semuanya mendekatkan aku dengan Allah..sesi mentadabbur alam..mengagumi keindahan alam ciptaan Allah...sebelum2 ni?? ada aku kesah tentang semua tu...huuu..jujur..tak amek kesah pun.
pernah denga term ni "keimanan itu bukan ketidak sengajaan"....dulu pun aku pelik memikirkan macammana aku terjebak masuk kedalam perangkap(eh!perangkap??) masuk ke medan dakwah n tarbiyah ni..then fikir punya fikir..eh...betullah aku pernah berazam nak jadi baik..mungkin juga dengan niat yang sedikit cuma itu Allah melorongkan kaki aku ke jalan ini..alhamdulillah... Betulkan? keimanan tu memang bukan macam..ooopps sori tak tersengaja nak beriman..tapi itulah fitrah manusia..memang semua pun mahukan kebaikan.
aku sangat bersyukur sebab kadang2 memang aku punya perasaan pelik dengan diriku sendiri.. kadang2 rasa juga terasing sebab yelah..mana boleh aku nak berbalik ke belakang lagi..mengikuti jahiliyyah itu lagi..sebab atas rahmat dan kasih sayang Ilahi juga aku disini hari ini...
Allah jua yang mendatangkan akhwat2 yang teramat banyak sangat membantu menguatkan perjalanan ini.
senyum.memori Julai2010 tetap kuingati tersemat di sanubari.
Menyelusuri perjalanan ini..
Thursday, February 28, 2013
Monday, February 25, 2013
DIA mengingatkanku
Semua pun rindukan arwah2 yang dah kembali kerahmatullahkan..doa2lah mudah2an ada rezeki kita berjumpa arwah di syurga abadi kelak.
Banyakkkkk sebenarnya peringatan demi peringatan yang dah Allah beri buat kita yang masih diberi peluang tinggal didunia,mungkin Allah masih beri kita peluang supaya kembali bertaubat sebelum hari dan saat pengakhiran kita pun tiba.
Ni antara firman Allah:
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya "(AlMaidah3:185)
Banyakkkkk sebenarnya peringatan demi peringatan yang dah Allah beri buat kita yang masih diberi peluang tinggal didunia,mungkin Allah masih beri kita peluang supaya kembali bertaubat sebelum hari dan saat pengakhiran kita pun tiba.
Ni antara firman Allah:
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya "(AlMaidah3:185)
Tinggal kita ni sebagai hamba samaada nak ambil pengajaran n peringatan tu atau tidak.
Pasal keluarga? Pun sangatttt banyak sebenarnya. Antaranya,Allah berkata :
Pasal keluarga? Pun sangatttt banyak sebenarnya. Antaranya,Allah berkata :
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah."(Luqman 31:33)
ayat atas ni sangat2 menakutkan.terbayang kat mata segala jerih payah mak abah membesarkan anak dia ni.
Ayat bawah ni pula selalunya menjdi motivasi untuk menggugah semangatku kembali berdakwah kepada family..hei memang bukan mudah,tapi usaha tu perlu =)
ayat atas ni sangat2 menakutkan.terbayang kat mata segala jerih payah mak abah membesarkan anak dia ni.
Ayat bawah ni pula selalunya menjdi motivasi untuk menggugah semangatku kembali berdakwah kepada family..hei memang bukan mudah,tapi usaha tu perlu =)
"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.Wahai orang kafir! Janganlah kamu mengemukakan alasan pada hari ini. Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang kamu kerjakan" (66:6-7)
Tapi atas semua peringatan2 ni Allah nak hamba2 dia kembali kepada dia,ingatlah kita atas segala rahmat,nikmat,pengampunan,ganjaran2 serta kasih sayang yang Allah beri.
Ayat ini sumpah OSEM! bantulah aku membina kesabaran itu ya Allah.
Ayat ini sumpah OSEM! bantulah aku membina kesabaran itu ya Allah.
"Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan tuhannya, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan,orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik. Iaitu syurga2 'Adn, mereka masuk kedalamnya bersama dengan orang yang soleh dari Nenek Moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu sambil mengucapkan "selamat sejahtera atasmu atas kesabaranmu"Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu." (ArRa'd 13:22-24)
Janji Allah tu pasti dan Allah tak pernah memungkiri janji..pastinya kita xnak masuk syurga tu sorang2 kan. Hati ni..teringin sangat - sangat yang teramat nak jumpa opah,atok karim,embah lanang n embah wedok..atok2 kita yang lain n paling hati ni rindu nak jumpe atok punya atok yang terawal..Rasulullah.
Hidayah tu Allah bagi pada sesiapa yang mahukan n sebenarnya ada kat keliling kita,ada pada diri kita. Paling mudah..tengok dua2 tapak tangan,ada 99 nama Allah..pinjaman Allah.tanya pada hati..apa yang aku dah buat dengan nikmat pinjaman ini?
Sunday, January 13, 2013
khas buat KAMU
Kamu..kamu..ye..saya maksudkan kamu.
Bila saya share2 perkara agama..
Bila saya post status2 penguat jiwa..
Bukan bermakna saya yang terbaik agamanya..
Bukan juga bermakna saya pandai sangat orangnya..
Saya hanyalah insan biasa yang banyak khilafnya..
Saya cuma nak kamu tahu..
Sebenarnya..
Saya nk berkongsi apa yang saya baca
Nak bersama berkongsi apa yang memantapkn jiwa
Sebab..
Kalo boleh saya nak jumpa dan bersahabat dengan kamu2 semua
Bukan hanya sekadar didunia yang sementara
Biarlah kita pimpin tangan sama2 menuju jalan ke syurgaNya.
Semoga Allah meredhai perjalanan kita
Andainya kamu faham.
_____________________
Bila saya share2 perkara agama..
Bila saya post status2 penguat jiwa..
Bukan bermakna saya yang terbaik agamanya..
Bukan juga bermakna saya pandai sangat orangnya..
Saya hanyalah insan biasa yang banyak khilafnya..
Saya cuma nak kamu tahu..
Sebenarnya..
Saya nk berkongsi apa yang saya baca
Nak bersama berkongsi apa yang memantapkn jiwa
Sebab..
Kalo boleh saya nak jumpa dan bersahabat dengan kamu2 semua
Bukan hanya sekadar didunia yang sementara
Biarlah kita pimpin tangan sama2 menuju jalan ke syurgaNya.
Semoga Allah meredhai perjalanan kita
Andainya kamu faham.
_____________________
nikmat
bangun pagi..nak berwuduk,air takde.
lari2 p tingkat bawah cari sisa2 air tangki.
Alhamdulillah sempat solat subuh.
tak lama, seisi rumah kecoh nak cari air utk mandi
semua keluar cari alternatif sebelum ke tempat kerja
jiran-jiran pun ramai yg keluar
TAKDE AIR, TAKDE NOTIS..
------------------------------ ----------------------
Tiba2 terbayang...dalam banyak2 nikmat yang Allah beri kat kita, tiba-tiba je di tarik..TANPA NOTIS
contoh:sebab banyak sangat maksiat,kemungkaran..Allah tarik sebahagian oksigen yang disupply hari2 ke bumi..
nak lari mana?
nak lari mana?
nak cari alternatif apa?
macam tu juga KIAMAT... takde tarikh tepat yang mampu dianggar oleh manusia. Allah jua yang maha mengetahui.
Kun Fa Ya Kun~jadilah maka jadilah sesuatu itu.
koreksidirisebelummati.
lari2 p tingkat bawah cari sisa2 air tangki.
Alhamdulillah sempat solat subuh.
tak lama, seisi rumah kecoh nak cari air utk mandi
semua keluar cari alternatif sebelum ke tempat kerja
jiran-jiran pun ramai yg keluar
TAKDE AIR, TAKDE NOTIS..
------------------------------
Tiba2 terbayang...dalam banyak2 nikmat yang Allah beri kat kita, tiba-tiba je di tarik..TANPA NOTIS
contoh:sebab banyak sangat maksiat,kemungkaran..Allah tarik sebahagian oksigen yang disupply hari2 ke bumi..
nak lari mana?
nak lari mana?
nak cari alternatif apa?
macam tu juga KIAMAT... takde tarikh tepat yang mampu dianggar oleh manusia. Allah jua yang maha mengetahui.
Kun Fa Ya Kun~jadilah maka jadilah sesuatu itu.
koreksidirisebelummati.
Monday, December 3, 2012
Pergi
subhanallah walhamdulillah..indah seindah waktu dhuhaMu |
Hari ke2 disana kami melawat dua lagi kilang. Tengah hari itu, aku menjamu sebiji telur penyu.Terus ingatan melekat kepada arwah atok karim.Atok karim rajin membawa aku ke terengganu suatu ketika dahulu dan kami pasti mencari telur penyu. Malam itu, aku menjamu selera di bandar Kuala Terengganu, dalam perjalanan terpandang papan tanda 'pantai batu buruk'. Mulut terus menyebut...'rindu kat opah!..dulu p kuala terengganu selalu tersalah masuk jalan ni sebab opah tunjuk lambu kejar-kejar..
pukul 5pagi, aku tersedar dari tidur.mencapai telefon disisi. 1 sms diterima seawal jam 3pagi. 'salam. ni nk beritahu yang opah masuk hospital..cik lis cakap dah kritikal, mak abah otw g hospital..pape perkembangan t mak abah britahu,doakan kesihatan opah ye'
terduduk,terpaku, termangu..tak tahu apa yang boleh dilakukan untuk sampai ke sana secepat mungkin. Andai aku di KL pasti secepat kilat aku akan memandu tariq membelah keheningan subuh itu.
29/11/12-Bangkit dari katil terus mengambil wuduk, berbicara dengan yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendengar dan Maha Merancang.Selepas subuh, berbicara dengan emak melalui telefon, emak beritahu opah baru sahaja sedarkan diri. Alhamdulillah, kesyukuran di panjatkan di dalam hati. Pagi itu aku menjemput ProfMadya di lapangan terbang untuk bersama menyertai lawatan ke pusat kraftangan. Di hati masih berbaki kebimbangan akan pelbagai kemungkinan yang terjadi. Segalanya aku serahkan pergantungan kepada ilahi. Pagi itu, kami dapat menyelesaikan lawatan ke 2 buah lagi kilang. Kiranya tugasan aku disana sudah selesai tetapi tiket penerbangan yang sudah dibeli pada waktu malam 9.20p.m. Masih banyak masa berbaki. Waktu zohor itu, aku mendapat panggilan menyatakan opah hanya bergantung pada mesin hayat dan ahli keluarga sedag berbincang untuk mencabut atau membiarkannya. Aku melangkah kaki ke masjid terapung di Kuala Terengganu itu. Zohor itu, hati terasa teramat sayu,sehingga banyak kali air mata menitis laju. Selepas solat, aku sedekahkan bacaan yasin buat opah dan berdoa agar Allah mempermudahkan segalanya. Aku redha andai ini yang ditakdirkan buat opah,di saat aku jauh di negeri damai ini.
"Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".[Yassin:82]
Hati semakin sebak, mata semakin berkaca-kaca mengalir laju. Waktu itu, hanya aku bersama sahabat2ku, Prof Madya menghadiri mesyuarat di Unisza. Aku memandu ke lapangan terbang, kerana hati sudah tidak keruan merindukan opah yang sedang tenat di johor. Dengan hanya beg sandang dan papantablet, aku melangkah menuju kaunter Airasia bagi menukar penerbangan seawal mungkin. Rupanya hanya ada dua penerbangan iaitu di awal pagi dan di lewat malam. Kaki melangkah ke kiosk firefly.Jawapan yang diterima juga agak menghampakan kerana flight lewat malam yang tinggal. Kaki dengan penuh redha dan tawaqal melangkah ke kaunter MAS. Aku redha sebab aku tahu, bayaran yang dikenakan pasti tinggi dan tidak pasti menurut kemampuanku atau tidak. Alhamdulillah, MAS masih ada tempat duduk kosong petang itu tapi aku perlu checkin segera. Segala bagasi aku masih di resort penginapan kami. Sempat meminta tolong sahabat2 membawakan bagasi bersama penerbangan malam nanti. Dan lagi satu, aku meinggalkan kereta sewa kepada mereka dan tiada seorang pun yang pandai memandu. Mereka perlu menunggu ProfMadya datang ke airport dahulu.
Masa terasa berlalu sangat lambat. Terasa ingin segera sampai ke kuala lumpur dan terus bergerak balik ke johor. Alhamdulillah, dengan bantuan usrahmate, berteman juga aku balik ke johor malam itu. Dalam penerbangan, seawal perjalanan..Allah hadiahkan pelangi di langit indah petang itu. Aku tersenyum menyaksikan kekuasaan Ilahi. Dalam penerbangan, airmata mengalir laju tak dapat disembunyi lagi. Memandang ke luar jendela..kulihat susunan awan yang cukup indah..awan berlapis2 menuju ke atas sana. Di satu bahagian ku lihat,hanya di kawasan itu sahaja hujan turun selebatnya dan tidak di kawasan pesawat kami terbang.Jelas di permandangan sungai-sugai yang melengkang-lengkok sebelum bertemu lautan. Begitu juga hidup kita yang penuh cabaran dan dugaan sebelum mencapai bahagia di akhirat sana.
5.40p.m-menaiki erl menuju ke KLsentral. Disana ada akhwat yang menunggu untuk membawa aku ke rumah untuk mengambil tariq.Dan ada akhwat lain yang menanti untuk menemaniku pulang ke johor. Sampai di rumah sewa, dengan mata yang membengkak..aku mengambil keputusan mandi dan solat terlebih dahulu. Kucapai mana2 pakaian masuk ke dalam beg untuk dibawa pulang.
8.15-bertolak ke Johor. Dalam perjalanan, aku memasang CD bacaan yassin dan mengikuti bacaan itu untuk disedekahkan buat opah. Aku berdoa, apapun yang terjadi aku redha..aku perlu redha atas segalanya. Selepas bacaan yassin habis dibaca, aku mendapat panggilan telefon, terdengar esakan dan sendu dari suara adik. Opah kembali ke rahmatullah dalam perjalanan aku ke johor. Percubaan mengawal tangisan tidak terdaya. Pecah juga empangan air mata ini. Singgah berhenti sekejap di RnR ayer keroh. membasuh mata yang menbengkak dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke rumah opah.
Friday, November 9, 2012
kekasihku
Bila ada kekasih kita mesti nk tau semua pasal dia,makanan kegemaran dia ape,
hobi dia,kalau boleh hari2 nk stalk pasal dia..
semua benda lar kita admire..kekasih pujaan hati lar katakan!
tapi bilamana meniti di bibir mengaku Nabi Muhammad itu sebagai kekasih kita,
sudahkah tersemat kemas di sanubari?
Tertembak di hati!
sudah cukupkah aku menjadikannya pujaan hati?
Berapa banyakkah sunnahnya yang a
hobi dia,kalau boleh hari2 nk stalk pasal dia..
semua benda lar kita admire..kekasih pujaan hati lar katakan!
tapi bilamana meniti di bibir mengaku Nabi Muhammad itu sebagai kekasih kita,
sudahkah tersemat kemas di sanubari?
Tertembak di hati!
sudah cukupkah aku menjadikannya pujaan hati?
Berapa banyakkah sunnahnya yang a
ku amali?
Sejauh mana akhlak & keperibadiannya aku teladani?
Sudahkah aku menempatkan diri di kalangan mereka yg meneruskan perjuangan itu?
Ya Rasullallah ya habiballah TT______TT
"sungguh telah ada pada diri Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi yg mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah" [33:21]
Sejauh mana akhlak & keperibadiannya aku teladani?
Sudahkah aku menempatkan diri di kalangan mereka yg meneruskan perjuangan itu?
Ya Rasullallah ya habiballah TT______TT
"sungguh telah ada pada diri Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi yg mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah" [33:21]
angin kencang
"Adapun kaum Ad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang" [Alhaqqah 69:6]
"yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).Maka kamu tidak melihat seorang pun yang tinggal di antara mereka". [69:7-8]
"Maka (masing-masing) mereka mendurhakai rasul Tuhan mereka, lalu Allah menyiksa mereka dengan siksaan yang sangat keras."[69:10]
Peringatan demi peringatan telah disampaikan oleh Allah,bukan harini sahaja malahan kaum2 terdahulu lagi sudah ditimpakan bencana atas keingkaran mereka. (tsunami acheh, tsunami jepun, hurricane katrina, yang terbaru sandy)
"agar kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar."[69:12]
'telinga yang mahu mendengar'--->serius tertembak dengan ayat ni T___________T
"yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).Maka kamu tidak melihat seorang pun yang tinggal di antara mereka". [69:7-8]
"Maka (masing-masing) mereka mendurhakai rasul Tuhan mereka, lalu Allah menyiksa mereka dengan siksaan yang sangat keras."[69:10]
Peringatan demi peringatan telah disampaikan oleh Allah,bukan harini sahaja malahan kaum2 terdahulu lagi sudah ditimpakan bencana atas keingkaran mereka. (tsunami acheh, tsunami jepun, hurricane katrina, yang terbaru sandy)
"agar kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar."[69:12]
'telinga yang mahu mendengar'--->serius tertembak dengan ayat ni T___________T
Subscribe to:
Posts (Atom)