Saturday, May 7, 2011

selamat hari emak...ibu...bonda....

~ seluruh dunia meraikan hari ibu pada hari ini..... 8May 2011

Kusampaikan cebisan hati ini buatmu emak..
yang jauh dimataku...tetapi sentiasa dihatiku...
maafkan anakda emak kerana tak dapat balik ke kampung halaman..
ku selusuri jalan ini...
ku mengerti aku hanyalah anakmu yang nakal emak
yang mahu memenangi hatimu
kadangkala aku tersungkur dalam arus duniawi ini..
ku tahu banyak kali sudah ku robek2 hatimu
maafkan anakmu...
maafkan anakmu...
maafkan anakmu...
aku bertekad...berazam menempuhi onak duri perjalanan hidup ini
memang terasa payah..
terasa semuanya hampir rebah..
kerana anakmu ini terlalu sombong dan angkuh...
menggenggam dunia dihati ini..
emak....
fahamilah isi hati ini..
aku berusaha merubah diriku..
menyelusuri jalan terbaik yang Allah cipta untuk diriku
jalannya luas..jauh terbentang,
biarku rebah,tersungkur,dihina..
terasa payah..terasa jauh..
ku tahu inilah kifarah buat diri ini
inilah jalan yang terbaik buat dirku emak...
ampunkan diri yang hina ini...
I love you with all my heart..

"Ya ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani....
berikanlah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku dpat berbuat kebajikan yang engkau redhai dan berikanlah aku kebaikan yang akan mengalir sampai anak cucuku.
Sungguh aku bertaubat kepada engkau dan sungguh aku termasuk orang muslim."

No comments: