Saturday, July 16, 2011

Beri satu dibalas sepuluh...

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.

Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin.
Sedekah kedua yang mendapatkan pahala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
Sedekah yang ketiga pula mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat.
Sedekah yang keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah kepada orang yang mencari ilmu.


JANGAN LOKEK, JANGAN LUPA UNTUK MEMBERI..
InsyaAllah aku bertekad untuk terus menolong dan membantu mereka yang memerlukan dengan apa yang ALLAH kurniakan buat diri ini... sebab bagi aku..tak semua yang aku perolehi di dunia ni untuk diriku sendiri..ada hak2 orang lain terhadap apa yang dikurniakan pada kita...
Terima kasih Allah kerana memberikan aku senyuman yang paling bermakna dalam hidup aku hari ini...semoga aku terus memberidi jalan yang penuh tarbiyah ini selagi aku bernafas =)

No comments: