1. Bulu kening -Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskanbulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari HadisRiwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacamhantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (ataumengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikandari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yangmengikatnya dengan loceng?sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah?.
3. Wangian -Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatukaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukanzina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombongkapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii,Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada -Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagianhadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi -Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkangiginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yangmenjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher -Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkanperhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkanleher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan -Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yangtipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telahberhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangantangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan -Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuhkaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis RiwayatAt Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata -Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagiandari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandanganlainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandanganseterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis RiwayatAhmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) -Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehinggaberkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlahperkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakandengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi- Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan -Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkanpandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah AnNur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalamSyurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat RiwayatAl Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikandari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian -Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolokmata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti- Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlahkepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikianitu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu.Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaiantetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untukmelakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan menciumbaunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanitayang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagiantertentu.
13. Rambut -Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnyahingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahumenutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikandari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ./
No comments:
Post a Comment