Petang itu, aku bergegas ke
stesen LRT untuk menuju ke stesen bas Bandar tasik selatan (TBS). Seperti kebiasaannya,
aku tidak membeli tiket terlebih dahulu kerana sedia maklum bas ke ke selatan
tanah air ada sejam sekali. Tidak perlu dirisaukan kerana kebiasaannya pasti
ada lagi berbaki tiket yang boleh dibeli
on the spot. Perjalanan dari university seterusnya menaiki train tidak
menghadapi sebarang masalah. Alhamdulillah kujejakkan kaki ke terminal bas,
hati sudah merindui keluarga terutama mak abah di kampung halaman.
Sampai di terminal jam menunjukkan
lebih kurang pukul3.30 ptg...ku lihat kesesakan luar biasa di kaunter2 jualan
tiket. Aku menuju ke kaunter 6 beratur
panjang bersama penumpang-penumpang yang lain. Hampir setengah jam berdiri
menanti, barisan masih tidak bergerak2... Allah..pasti ada sesuatu yang berlaku
ni bisik hatiku. Menanti dan terus menanti, kulihat ada automatic ticket machine yang menjual tiket. Ku melangkah ke mesin itu dengan penuh
pengharapan...di depanku ada seorang abang yang sedang membuat bayaran...tiba2,
tiket tidak keluar dari mesin itu. Transaksi dibatalkan,duit tak keluar..tiket
pun sama. Aku dibelakangkan hanya mampu bersimpati kepada abang tersebut.
Pengumuman dibuat menyatakan server down, sebarang urusan penjualan tiket
dillakukan secara manual. Ku lihat bahagian dalam kaunter, keadaan yang sangat kelam kabut berlaku.
Pekerja-pekerja terminal sedaya upaya melayan karenah penumpang-penumpang yang
mula naik angin dengan keadaan ini. Aku mengambil keputusan solat asar terlebih
dahulu kerana barisan yang sangat panjang masih tidak menunjukkan sebarang
perubahan.
Dalam perjalanan ke surau, hatiku
terdetik...subhanallah Allah sedang mentarbiyahku. Perkataan ‘server down’
terngiang-ngiang di telingaku.... begitulah hidup ini... server kita adalah
HATI...bayangkan jika hati kita rosak...nauzubillah himinzalik..
"Ketahuilah
bahawa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik,
maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu rosak, maka
akan rosaklah semuanya, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah
hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Lihat sahaja system yang
digunakan di terminal ini...disebabkan server tidak berfungsi...segala urusan
tergendala. Tiket tak dapat dijual, jadual perjalanan bas tidak terancang
seterusnya mendatangkan keadaan yang sangat2 kelam-kabut. Begituah juga hati
kita...jika hati kita tidak elok, hati menjadi keras, hati rosak maka akan
mendatangkan natijah yang buruk buat pemiliknya. Hati peru dijaga dengan elok
sekali bagi melahirkan rohani dan jasmani yang sihat.
macam mana nak jaga
hati? Serius hati merupakan amanah yang paling berharga dalam hidup kita.
Amanah tu maksudnya sesuatu yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita, so
kenalah jauhi bersangka buruk ( husnuzon), dendam, riak, takabbur dan pelbagai
lagi penyakit-penyakit hati. Jangan risau kalau terasa hati kita ni dah
tersangat-sangatlah kotor...terlalu banyak karat2 jahiliyah yang susah nak
sental...tau tak lagu tombo ati (obat hati) dari opick? Ce try cari kat google
jap.. Haa...meh kita listkan sama2...Obat hati ada 5 perkaranya:
1: Baca Quran dan maknanya (tadabbur)
2:solat malam dirikanlah
3.berkumpulan dengan orang soleh
2:solat malam dirikanlah
3.berkumpulan dengan orang soleh
4. Perbanyakkan berpuasa
5.zikir malam berpanjanglah.
5.zikir malam berpanjanglah.
sedikit perkongsian setelah lama tidak menukilkan sesuatu di atas blog ini..semoga bermanfaat...buat diri(ku) yang lupa.......
No comments:
Post a Comment