22MEI2012 :
Ramadhan semakin menghampiri menjelang 1Rejab1433H. Bertanya kepada diri apakah
persiapan juga azam pada tahun ini? tinggal 8 hari usia akan menginjak setahun mengikut
kalendar Masihi.
Berapa banyak usia yang telah aku baziri..umur meningkat tetapi amalan tidak cuba
diperbaiki...sedangkan bila2 sahaja malaikat izrail bisa mencabut nyawa pinjaman ini..
Hati semakin tak keruan,berdebar2 menanti kunjungan Ramadhan..ada terselit rasa takut
umur tidak sampai ke Ramadhan kali ini.
Doa dipanjat kehadrat Ilahi:
"Ya Allah, berkatilah aku di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikan aku ke bulan
Ramadhan"
21JUNE2012:
Selangkah lagi kaki menghampiri madrasah Ramadhan. Rejab bertukar ke Sya'ban.
25 meningkat ke 26. Kurang sihat bertambah sihat. Ahamdulillah. Semakin berdebar-debar
rasanya bila Ramadhan semakin menghampiri. Sempatkah mendaftar menyertai madrasah
ramadhan kali ini.
20JULAI2012:
Alhamdulillah..thumallhamdulillah. Dijemput bagi mengimarahkan Ramadhan 1433H. Awal
pagi bersiap ke rumah Allah meyertai program yang dilangsungkan disana. Alhamdulilah
taman syurga itu sangat2 meninggalkan kesan di hati. Terus memburu peluang yang hanya
muncul setahun-sekali. Ibarat bonus buat hamba-hambaNYA. Melimpah-ruah rahmat serta
kasih-sayang Ilahi.
11OGOS2012:
Hati terusik sedikit bila menyedari dia akan berlalu pergi.Imam mesir yang mengimami
Tarawikh mlm tadi berpesan hanya tinggal 7 hari. Air mata menitik laju mengenangkan diri.
Subuh ini bersyukur pada Ilahi kerana masih dihidupkan kembali selepas 26 tahun yang lepas
Subuh ini bersyukur pada Ilahi kerana masih dihidupkan kembali selepas 26 tahun yang lepas
emak melahirkan aku ke dunia ini. 22 Ramadhan 1407H lahirlah aku dalam keadaan suci..tapi
kini? Allah...Maafkanlah segala kekhilafan juga kejahilan diri ini. Tetapkanlah imanku dalam
ketaatanMu ya Allah.
Semoga Ramadhan ini tidak terbazir lagi
Harapanku Aidilfitri ini tidak menjadi permulaan kejahilan diri lagi
Semoga sentiasa dalam redha Ilahi.
Allah..sampaikan hambamu ini ke Ramadhan akan datang ya Allah...amin ya Rabb
Allah..sampaikan hambamu ini ke Ramadhan akan datang ya Allah...amin ya Rabb
No comments:
Post a Comment