Thursday, May 17, 2012

Hati-hati


Petang itu, aku bergegas ke stesen LRT untuk menuju ke stesen bas Bandar tasik selatan (TBS). Seperti kebiasaannya, aku tidak membeli tiket terlebih dahulu kerana sedia maklum bas ke ke selatan tanah air ada sejam sekali. Tidak perlu dirisaukan kerana kebiasaannya pasti ada  lagi berbaki tiket yang boleh dibeli on the spot. Perjalanan dari university seterusnya menaiki train tidak menghadapi sebarang masalah. Alhamdulillah kujejakkan kaki ke terminal bas, hati sudah merindui keluarga terutama mak abah di kampung halaman.
Sampai di terminal jam menunjukkan lebih kurang pukul3.30 ptg...ku lihat kesesakan luar biasa di kaunter2 jualan tiket.  Aku menuju ke kaunter 6 beratur panjang bersama penumpang-penumpang yang lain. Hampir setengah jam berdiri menanti, barisan masih tidak bergerak2... Allah..pasti ada sesuatu yang berlaku ni bisik hatiku. Menanti dan terus menanti, kulihat ada automatic ticket machine yang menjual tiket. Ku melangkah ke mesin itu dengan penuh pengharapan...di depanku ada seorang abang yang sedang membuat bayaran...tiba2, tiket tidak keluar dari mesin itu. Transaksi dibatalkan,duit tak keluar..tiket pun sama. Aku dibelakangkan hanya mampu bersimpati kepada abang tersebut. Pengumuman dibuat menyatakan server down, sebarang urusan penjualan tiket dillakukan secara manual. Ku lihat bahagian dalam kaunter, keadaan  yang sangat kelam kabut berlaku. Pekerja-pekerja terminal sedaya upaya melayan karenah penumpang-penumpang yang mula naik angin dengan keadaan ini. Aku mengambil keputusan solat asar terlebih dahulu kerana barisan yang sangat panjang masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.
 Dalam perjalanan ke surau, hatiku terdetik...subhanallah Allah sedang mentarbiyahku. Perkataan ‘server down’ terngiang-ngiang di telingaku.... begitulah hidup ini... server kita adalah HATI...bayangkan jika hati kita rosak...nauzubillah himinzalik..

"Ketahuilah bahawa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu rosak, maka akan rosaklah semuanya, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Lihat sahaja system yang digunakan di terminal ini...disebabkan server tidak berfungsi...segala urusan tergendala. Tiket tak dapat dijual, jadual perjalanan bas tidak terancang seterusnya mendatangkan keadaan yang sangat2 kelam-kabut. Begituah juga hati kita...jika hati kita tidak elok, hati menjadi keras, hati rosak maka akan mendatangkan natijah yang buruk buat pemiliknya. Hati peru dijaga dengan elok sekali bagi melahirkan rohani dan jasmani yang sihat.


macam mana nak jaga hati? Serius hati merupakan amanah yang paling berharga dalam hidup kita. Amanah tu maksudnya sesuatu yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita, so kenalah jauhi bersangka buruk ( husnuzon), dendam, riak, takabbur dan pelbagai lagi penyakit-penyakit hati. Jangan risau kalau terasa hati kita ni dah tersangat-sangatlah kotor...terlalu banyak karat2 jahiliyah yang susah nak sental...tau tak lagu tombo ati (obat hati) dari opick? Ce try cari kat google jap.. Haa...meh kita listkan sama2...Obat hati ada 5 perkaranya:

1: Baca Quran dan maknanya (tadabbur)
2:solat malam dirikanlah
3.berkumpulan dengan orang soleh
4. Perbanyakkan berpuasa
5.zikir malam berpanjanglah.


sedikit perkongsian setelah lama tidak menukilkan sesuatu di atas blog ini..semoga bermanfaat...buat diri(ku) yang lupa.......

No comments: