Friday, August 3, 2012

Rahmat disebalik ujian

Pertengahan Januari
-penyakit itu menyerang kembali akibat kelalaian diri. Diri ini mengadu kepada insan2 tersayang bagi diubati..tetapi hanya segelintir yang memahami. Sebahagian lagi tidak ambil peduli.
Digagahi juga diri, pergi ke sana kemari mencari penawar penyakit misteri.. Alhamdulillah Allah hadirkan insan2 yang baik hati (hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 kamu ukhti2 fillah) yang setia berkorban menemani diri...berikhtiar mengubati.

Februari muncul menghampiri Mac
-sakit...memang sakit..sangat sakit bila terasa dikuasai juga terasa bukan diri sendiri..sakit sangat2 bila darah mengalir keluar dari rongga2 tubuh. Sakit bila makanan yang dikunyah terasa kesat & seperti butir2 pasir yang menyesakkan kerongkong. Sakit bila saban hari memuntahkan benda2 asing yang terasa mustahil ada dalam diri. Sedih,emo,marah,gembira bercampur baur yang kadang2 aku sendiri tidak mengerti untuk apa air jernih itu menitik ke bumi. Produktiviti kerja merundum, disiplin diri hancur, kurang motivasi & juga gagal mengawal emosi. Surat peletakan jawatan dikarang & diserahkan dengan berat hati. Namun takdir Allah mengatasi..pelbagai perkara yang terjadi menyebabkan rezekiku masih lagi disini. Hari2 yang dilalui terasa tidak bererti, kalau boleh mahu berterusan mengurung diri dan lari dari realiti duniawi.

April bertandang Mei menghampiri
Lemah seluruh tubuh badan ditambah lebam2 selepas rawatan, membuatkan diri terasa ajal menghampiri. Mengheret diri juga menyuntik kembali semangat ke dalam diri dengan kata2 motivasi. Menghampiri psikitari merupakan igauan paling ngeri, menelan dos2 ubat yang melalaikan seketika. Ahh...aku benci!aku tidak mahu bergantung harap pada ubatan2 yang diberi. Kadang2,terasa tiada gunanya hidup di dunia ini. Namun, Allah menjentikkan rasa keinsafan di dalam diri...masih belum terlambat untuk kembali..diri kembali mencari ayat2 cinta Ilahi.Ini yang aku ketemui :

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu (AlQuran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman" [Yunus:57]

Naaahhhh...terpana aku sendirian..berteleku tertampar dengan sentuhan ayat-ayat cintanya yang sangat2 mengujakan. Tuhanku sudah berpesan berkurun lamanya bahawa AlQuran itulah yang mampu menyembuhkan penyakit2 di dalam dada & pastinya penyakit yang aku alami.

Mengadu kepada Ilahi, atas kealpaan diri...dan pastinya Allah jua yang mengizinkan semua ini terjadi. Begitulah hakikat manusia, bila lemah baru menghampiri rabbul izzati. Merefleksi diri, pasti terselit beribu hikmah yang Allah beri,tinggal diri mahu atau tidak memahami. Allah pasti merindui rintihan hambanya tatkala mendatangkan ujian pada diri ini. Terasa diri ini malu bila acap kali diuji baru terkedek2 menghampiri Ilahi.

-Seseorang berpesan, "usah difikir kata2 orang lain kerana mereka pasti tidak akan pernah mengerti apa yang kamu rasai, banyakkan bersabar..eratkan hubungan dgn Ilahi. Jangan lemah & cepat mengalah, maafkan sahaja mereka-mereka itu."

Aku perlu bangkit dari rasa kekalahan & keputusasaan itu. Pastinya ujian yang diturunkan ini kerana Allah yakin aku mampu menghadapinya. Malah Allah menjanjikan pahala & ganjaran yang berlipat kali ganda jika aku mampu menghadapinya. Masakan tidak kerana itulah janji Allah pada setiap hambanya melalui firmannya:

 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". [AlBaqarah 2:286]


Subhanallah, ayat memujuk pencipta kepada ciptaannya membuatkan aku memegang erat2 ayat2 cinta ini. Allah pasti tidak akan membebani hambanya dengan ujian yang tidak sesuai dengan kesanggupannya. Allah mahu aku lebih kuat,kuat menghadapi duniawi ini dalam menyelusuri jalan ke akhirat yang pasti. Jalan yang dipilih ini bukan mudah, pasti berliku-liku lagi yang perlu ditempuhi. Memohon agar Allah membimbingku ke jalan yang lurus dalam menggapai keredhaanNYA.





Mengingatkan diri agar tidak lemah terhadap segala ujian yang telah dihadapi, tapi bersyukurlah atas segala nikmat yang telah diberi. Disebalik penyakit yang dihadapi pasti terslit beribu rahmat kasih sayang Ilahi. Dan kerana Tuhanmu bersabarlah wahai diri...




stepnote:Alhamdulillah walaupun sesi rawatan masih belum berakhir, diri makin boleh digagahi masih diberi kesempatan menyembah Ilahi.Doakan diri ini sembuh sepenuhnya dari penyakit yang dikhuatiri.

1 comment:

ramlah said...

its a special 'TOOL'..a BIG GIFT from Him for u to come closer to his jannah..


kan? kan?
so u r actually soo lucky! ^_- He know u can handle it, so He giv it to u...not to me..not to others..