subhanallah walhamdulillah..indah seindah waktu dhuhaMu |
Hari ke2 disana kami melawat dua lagi kilang. Tengah hari itu, aku menjamu sebiji telur penyu.Terus ingatan melekat kepada arwah atok karim.Atok karim rajin membawa aku ke terengganu suatu ketika dahulu dan kami pasti mencari telur penyu. Malam itu, aku menjamu selera di bandar Kuala Terengganu, dalam perjalanan terpandang papan tanda 'pantai batu buruk'. Mulut terus menyebut...'rindu kat opah!..dulu p kuala terengganu selalu tersalah masuk jalan ni sebab opah tunjuk lambu kejar-kejar..
pukul 5pagi, aku tersedar dari tidur.mencapai telefon disisi. 1 sms diterima seawal jam 3pagi. 'salam. ni nk beritahu yang opah masuk hospital..cik lis cakap dah kritikal, mak abah otw g hospital..pape perkembangan t mak abah britahu,doakan kesihatan opah ye'
terduduk,terpaku, termangu..tak tahu apa yang boleh dilakukan untuk sampai ke sana secepat mungkin. Andai aku di KL pasti secepat kilat aku akan memandu tariq membelah keheningan subuh itu.
29/11/12-Bangkit dari katil terus mengambil wuduk, berbicara dengan yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendengar dan Maha Merancang.Selepas subuh, berbicara dengan emak melalui telefon, emak beritahu opah baru sahaja sedarkan diri. Alhamdulillah, kesyukuran di panjatkan di dalam hati. Pagi itu aku menjemput ProfMadya di lapangan terbang untuk bersama menyertai lawatan ke pusat kraftangan. Di hati masih berbaki kebimbangan akan pelbagai kemungkinan yang terjadi. Segalanya aku serahkan pergantungan kepada ilahi. Pagi itu, kami dapat menyelesaikan lawatan ke 2 buah lagi kilang. Kiranya tugasan aku disana sudah selesai tetapi tiket penerbangan yang sudah dibeli pada waktu malam 9.20p.m. Masih banyak masa berbaki. Waktu zohor itu, aku mendapat panggilan menyatakan opah hanya bergantung pada mesin hayat dan ahli keluarga sedag berbincang untuk mencabut atau membiarkannya. Aku melangkah kaki ke masjid terapung di Kuala Terengganu itu. Zohor itu, hati terasa teramat sayu,sehingga banyak kali air mata menitis laju. Selepas solat, aku sedekahkan bacaan yasin buat opah dan berdoa agar Allah mempermudahkan segalanya. Aku redha andai ini yang ditakdirkan buat opah,di saat aku jauh di negeri damai ini.
"Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".[Yassin:82]
Hati semakin sebak, mata semakin berkaca-kaca mengalir laju. Waktu itu, hanya aku bersama sahabat2ku, Prof Madya menghadiri mesyuarat di Unisza. Aku memandu ke lapangan terbang, kerana hati sudah tidak keruan merindukan opah yang sedang tenat di johor. Dengan hanya beg sandang dan papantablet, aku melangkah menuju kaunter Airasia bagi menukar penerbangan seawal mungkin. Rupanya hanya ada dua penerbangan iaitu di awal pagi dan di lewat malam. Kaki melangkah ke kiosk firefly.Jawapan yang diterima juga agak menghampakan kerana flight lewat malam yang tinggal. Kaki dengan penuh redha dan tawaqal melangkah ke kaunter MAS. Aku redha sebab aku tahu, bayaran yang dikenakan pasti tinggi dan tidak pasti menurut kemampuanku atau tidak. Alhamdulillah, MAS masih ada tempat duduk kosong petang itu tapi aku perlu checkin segera. Segala bagasi aku masih di resort penginapan kami. Sempat meminta tolong sahabat2 membawakan bagasi bersama penerbangan malam nanti. Dan lagi satu, aku meinggalkan kereta sewa kepada mereka dan tiada seorang pun yang pandai memandu. Mereka perlu menunggu ProfMadya datang ke airport dahulu.
Masa terasa berlalu sangat lambat. Terasa ingin segera sampai ke kuala lumpur dan terus bergerak balik ke johor. Alhamdulillah, dengan bantuan usrahmate, berteman juga aku balik ke johor malam itu. Dalam penerbangan, seawal perjalanan..Allah hadiahkan pelangi di langit indah petang itu. Aku tersenyum menyaksikan kekuasaan Ilahi. Dalam penerbangan, airmata mengalir laju tak dapat disembunyi lagi. Memandang ke luar jendela..kulihat susunan awan yang cukup indah..awan berlapis2 menuju ke atas sana. Di satu bahagian ku lihat,hanya di kawasan itu sahaja hujan turun selebatnya dan tidak di kawasan pesawat kami terbang.Jelas di permandangan sungai-sugai yang melengkang-lengkok sebelum bertemu lautan. Begitu juga hidup kita yang penuh cabaran dan dugaan sebelum mencapai bahagia di akhirat sana.
5.40p.m-menaiki erl menuju ke KLsentral. Disana ada akhwat yang menunggu untuk membawa aku ke rumah untuk mengambil tariq.Dan ada akhwat lain yang menanti untuk menemaniku pulang ke johor. Sampai di rumah sewa, dengan mata yang membengkak..aku mengambil keputusan mandi dan solat terlebih dahulu. Kucapai mana2 pakaian masuk ke dalam beg untuk dibawa pulang.
8.15-bertolak ke Johor. Dalam perjalanan, aku memasang CD bacaan yassin dan mengikuti bacaan itu untuk disedekahkan buat opah. Aku berdoa, apapun yang terjadi aku redha..aku perlu redha atas segalanya. Selepas bacaan yassin habis dibaca, aku mendapat panggilan telefon, terdengar esakan dan sendu dari suara adik. Opah kembali ke rahmatullah dalam perjalanan aku ke johor. Percubaan mengawal tangisan tidak terdaya. Pecah juga empangan air mata ini. Singgah berhenti sekejap di RnR ayer keroh. membasuh mata yang menbengkak dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke rumah opah.
1 comment:
Al-Fatihah.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.. Sedey kan.. Samalah kita.. dah takde nenek lagi...
Post a Comment